Friday, March 2, 2012

LAPORAN MAJLIS MAULIDUL RASUL 2012


LAPORAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM
Nama Program: Sambutan Maulidur Rasul
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam
Tarikh Pelaksanaan: 10.02.2012 (Jumaat)
Tempat: SK Seri Tawai, 33300 Gerik, Perak.
Latar Belakang Program
Program Sambutan Maulidur Rasul adalah program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam setiap kali tibanya bulan Rabiul Awwal.  Sambutan ini adalah bertujuan untuk memperingati segala jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW sejak baginda dilahirkan sehingga wafat.  Program ini juga diadakan bertujuan untuk melahirkan murid yang mencintai Rasulullah dan mendidik mereka ke arah berakhlak mulia.
Matlamat
Memupuk kesedaran untuk mengasihi, menyintai dan mencontohi sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.
Objektif
Murid-murid dapat memahami dan menghayati sirah Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda dalam menegakkan Islam.
Menyedarkan murid-murid betapa sukarnya Nabi Muhammad SAW berdakwah untuk menegakkan Islam dan seterusnya menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid untuk menjaga keutuhan Islam.
Sasaran
Semua warga SK Seri Tawai.
Perbelanjaan
Jumlah perbelanjaan program ialah RM 367.50
(RM 3.50 x 105 org murid = RM 367.50)




Laporan
Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat sekolah baru-baru ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik di kalangan semua warga SK Seri Tawai.  Antara tujuan yang ingin dicapai melalui program sebegini adalah untuk memupuk kesedaran supaya mengasihi, menyintai dan mencontohi sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.  Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sebagai pengisian program ialah perarakan selawat oleh para guru dan murid, ceramah agama, pertandingan kuiz dan pertandingan mewarna.
Penilaian Keberkesanan Program
Kekuatan Program
Program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan melibatkan semua warga SK Seri Tawai.  Penglibatan murid dalam pertandingan yang diadakan  sangat menggalakkan dan semua guru memberi komitmen yang padu dalam program yang dianjurkan.
Kelemahan Program
Aktiviti pertandingan terpaksa dihadkan kerana kesuntukan masa.
Cadangan Penambahbaikan
Aktiviti pertandingan akan ditambah untuk memeriahkan lagi program.
Penutup
Sambutan Maulidur Rasul disambut setiap tahun sebagai kegiatan dakwah di sekolah.  Aktiviti yang dijalankan menjurus kepada pemahaman tentang sirah Rasulullah SAW dan perjuangan baginda dalam menegakkan agama Islam.
Semua warga sekolah terlibat dalam menjayakan program ini, manakala murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan.  Diharapkan semoga aktiviti tersebut dapat membawa murid menghayati Islam dan pegangannya dengan lebih mendalam.
Semua ajaran yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW dapat dipelajari dan dihayati oleh semua murid dan warga sekolah, dan seterusnya memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.  Murid-murid juga dapat menambah pengetahuan dan pemahaman tentang agama Islam dan kesyumulannya.




Senarai Nama Pemenang
Pertandingan Mewarna
Tahun 1
1.      Nur Aisyah Habibah bt. Abdul Rahman
2.      Nur Azakirah bt. Rethuan
3.      Muhammad Danial Izwan b. Muhd. Izumir
Saguhati
Nurul Aniera bt.. abdul Hakim
Tahun 2
1.      Muhammad Nur Ilham b. Muhd. Zakaria
2.      Vynahvel Valerian
3.      Muhammad Shahrul Nizam b. Ruslam
Saguhati
Mohamad Aznil b. Mat Ali
Muhammad Khalis b. Ahmad Badawi
Pertandingan Kuiz
Tahun 3
1.      Nadia Afiqah bt. Muhd Zulhisham
2.      Muhammad Fareez b. Sabari
3.      Nur Zaleha bt. Rethuan
4.      Anas Syamil b. Muhamad
5.      Nurul Ameeratul Syaheeda bt. Mohd. Zaidi
Tahun 4
1.      Nur Hazwan Haikal b. Mohd. Sabri
2.      Nur Hamisya bt. Abdul Halim
3.      Nur Syuhada bt. Ahmad Kusairi
4.      Nur Ain bt. Mohd. Said
5.      Hafni Nurfarihin bt. Mohd. Syukri
6.      Rabiatul Adawiah bt. Raif


Tahun 5
1.      Ummu Aiman bt. Abdul Wahab
2.      Asna Amanina bt. Muhamad
3.      Rosmaria bt. Jamaludin
4.      Mimi Nur Shalwanis bt. Mohd. Sham
5.      Natasya Nur Adreena bt. Mohd. Sabirin
6.      Nor Juliana bt. Mohd. Nordin
7.      Muhd. Alif Haikal b. Ibrahim
Tahun 6
1.      Muhammad Daniel Hakimi b. Hamdan
2.      Nur Adilah bt. Mohd. Sabaki
3.      Siti Nur Syamielia bt. Abdul Rahman
4.      Nurul Najihah bt. Mohamad Yazid
5.      Muhd. Faridzul Izwan b. Kamaruddin
















­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­





No comments:

Post a Comment