BUKU PANDUAN

KANDUNGAN

PERKARA
MUKA SURAT
VISI
3
MISI
3
PIAGAM PELANGAN
4
MOTO
5
FALSAFAH PENDIDIKAN
5
ASPIRASI DAN KEHENDAK NEGARA
6
AGENDA UTAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
6
SEMBILAN CABARAN WAWASAN
7
BUDAYA KERJA SEKOLAH
8
CIRI GURU BERKESAN
9
CIRI PENGAJARAN BERKESAN
10
ADAB BERSAMA GURU
11
PERINTAH AM BAB G
12
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
13
STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN/PENTADBIRAN
23
STRUKTUR ORGANISASI  UNIT KURIKULUM
35
STRUKTUR ORGANISASI UNIT HEM
52
STRUKTUR ORGANISASI
 UNIT KOKURIKULUM
65
TAKWIM SEKOLAH
73
JADUAL PENGOPERSIAN PBS
88








VISI

Sekolah Kebangsaan Seri Tawai akan melonjakkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan imej perkhidmatan.



MISI

Kami warga SK. Seri Tawai akan memastikan misi berikut dilaksanakan:

1.                Memperkasa kepimpinan instuksional dan membina kepimpinan transformasional.

2.                Membangun dan meningkatkan kualiti warga pendidikan.

3.                Membudayakan “headcount” di sekolah.

4.                Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu di semua peringkat.

5.                Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas.

                                                                      
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Seri Tawai dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:-

1.                  Memastikan matlamat sekolah tercapai iaitu menjamin potensi murid berkembang secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2.                  Menjamin semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menuliss dan mengira (3M) selepas 6 tahun belajar di sekolah ini.

3.                  Memastikan kelas pemulihan berjalan lancer untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai 3M.

4.                  Memberi perhatian yang serius kepada kebajikan murid dan memastikan Program RMT, PSS, SPBT, SBT dan disiplin diurus ddengan cekap.

5.                  Memastikan semua murid melibatkan secara aktif dalam aktiviti Kokurikulum.

6.                  Memastikan semua murid terjamin semasa berada di dalam kawasan sekolah dan sewaktu menjalankan aktiviti Kokurikulum.

7.                  Memberi layanan yang mesra dan segera kepada ibubapa dan waris mengenai semua urusan sekolah.

8.                  Memastikan sebarang pertukaran murid yang keluar/masuk diuruskan dengan segera.

9.                  Mengutamakan budaya perkhidmatan penyayang dalam semua aspek pengurusan.

10.              Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

11.              Mewujudkan rasa kesepunyaan dan kekitaan dikalangan warga SK. Seri Tawai.

12.              Menggalakan semua murid sentiasa bersaing untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang yang diceburi.



MOTTO

   * USAHA JAYA *


Falsafah pendidikan Negara


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU
USAHA BERTERUSAN KEARAH LEBIH
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU
UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG
SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI
INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN
JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN
DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.
USAHA INI ADALAH UNTUK
MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA
YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA
MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA
MASYARAKAT DAN NEGARA


ASPIRASI DAN KEHENDAK NEGARA


  • FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

  • WAWASAN 2020 / RUKUN NEGARA

  • E-KNOWLEDGE / ICT / SMART SCHOOL /

·         TEACHING AIDS

  • PPSMI

  • NKRA

  • STRATEGI 60:40

·         SAINS / SASTERA



AGENDA UTAMA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

·                     MEMBANGUNKAN SISTEM
PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

·                     MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

·                     MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
UNTUK CEMERLANG

·                     MEMERTABATKAN PROFESION
PERGURUAN

·                     MENINGKATKAN PENGURUSAN
PENDIDIKAN AGAR CEKAP DAN
BERKESAN

·                     MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU
MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

1.                  Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

2.                  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

3.                  Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak Negara membangun.

4.                  Mewujudkan satu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5.                  Mewujudkan Masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama  masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu Negara.

6.                  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7.                  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insane tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling system keluarga yang kukuh.

8.                  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9.                  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.



BUDAYA KERJA SEKOLAH

1.                Memahami dan menghayati:

1.1                       Falsafah Pendidikan Negara
1.2                       Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

2.                Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa.

3.                Mementingkan mutu dan kesan pendidikan

4.                Menentukan objektif setiap tugas

5.                Mengmalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan

6.                Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah

7.                Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah dan adil

8.                Mengamalkan perkhidmatan penyayang.

9.                Kepimpinan melalui teladan

10.           Sentiasa pemimpin dan menilai diri sendiri

11.           Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran

12.           Kerja itu satu ibadah.

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

·                     Bersikap professional
·                     Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori
·                     Kaya ilmu
·                     Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
·                     Bermoral teguh
·                     Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
·                     Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
·                     Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
·                     Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan
Semasa
·                     Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa
·                     Memastikan situasi “Guru mengajar murid belajar” wujud di dalam kelas.
·                     Berupaya melahirkan “persekolahan berwatak” supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh
·                     Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
·                     Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)
·                     Taat dan setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan martabat profesionnya.
·                     Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bagi
·                     Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
(SEBAGAIMANA DISENARAIKAN
 OLEH
 DATO’ ABDUL SHUKOR ABDULLAH,
BEKAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA)

CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN


·                     OBJEKTIF JELAS DAN DAPAT DICAPAI

·                     PENGUASAAN ISI PELAJARAN

·                     ADA ORGANISASI PELAJARAN

·                     KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN

·                     PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR

·                     PENGGUNAAN MASA BERKESAN

·                     MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

·                     ADA INOVASI DAN KREATIVITI

·                     PENGGUNAAN BAHAN  P&P

·                     PENILAIAN DAN PENTAFSIRAN MERANGSANG PEMBELAJARAN

·                     AKTIVITI PEMBELAJARAN MENCABAR PELAJAR

·                     MENARIK DAN MEMBINA MINAT PELAJAR

·                     MEMBINA RASA KEJAYAAN


ADAB BERSAMA GURU

·                     MEMBERI SALAM DAN SENTIASA HORMAT KEPADA GURU

·                     DUDUK DENGAN SOPAN DAN SENTIASA DALAM KEADAAN TENANG

·                     TIDAK MEMBUAT BISING WAKTU KEHADIRANNYA ATAU WAKTU KETIADAANNYA.

·                     JIKA INGIN BERTANYA MINTALAH IZIN TERLEBIH DAHULU.

·                     APABILA HENDAK KELUAR DARI MAJLIS ILMUNYA MINTALAH IZIN TERLEBIH DAHULU DARIPADANYA.

·                     CARI MASA YANG SESUAI UNTUK BERTANYA.

·                     SENTIASA MENAMPAKKAN SIKAP MENERIMA PENDAPAT GURU

·                     ELAKKAN DARIPADA BERHUJAH.  JIKA PENGHUJAHAN DIPERLUKAN, LAKUKANLAH DENGAN CARA LEMAH LEMBUT

·                     HINDARI DARIPADA MENYINGGUNG PERASAAN GURU.

·                     SENTIASA BERBAIK SANGKA TERHADAP GURU.



PERINTAH AM BAB G


WAKTU BEKERJA


Perintah Am 5.       Mematuhi waktu bekerja

            Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan.  Seorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.


Perintah Am 9.       Rehat Makan


            Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam.  Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih munasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi.


Perintah Am 17.     Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa.


Walau apa pun perbekalan-perbekalan lain dalam bib ini, termasuk Perintah-perintah Am 3 dan 10, seorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas diluar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan.  Ini termasuklah kehadiran dan pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.


PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH



1.         ARAHAN AM


1.1             Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.  Oleh yang demikian,  semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2             Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaua membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengna tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3             Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu professional dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4             Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang

1.5             Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

1.6             Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dan dalam menjalankan tugas.

1.7             Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8             Sentiasa mengamalakan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.



2.         KEDATANGAN


2.1             Jadual waktu belajar mestilah dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2             Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.



2.3             Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa dating lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.  Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin suapaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

2.4             Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan



3.         CUTI TANPA GAJI

3.1       Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahank.

3.2       Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

3.3       Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

3.4       Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

3.5       Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.  Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.


4.         CUTI KELUAR NEGERI


4.1       Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan.  Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.


5.         PAKAIAN


5.1             Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

5.2             Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan

5.3             Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

5.4             Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:-

5.4.1   Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

5.4.2   Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.  Kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi.  Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


6.         PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1             Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.  Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

6.2             Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.3             Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status social, social ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud dalam sekolah.


7.         BILIK GURU


7.1             Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.  Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2             Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.  Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free perion”.  Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3             Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

7.4             Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.


8.         PERJAWATAN DAN PENGAJARAN


8.1             Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru  Besar.

8.2             Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Pentadbiran atau Guru Besar.



9.         TUGAS
           
9.1             Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas.  Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2             Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Pejabat Pelajaran atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri.  Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.


10.      BUKU REKOD MENGAJAR

10.1         Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.  Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Kanan.

10.2         Jika seseorang guru itu bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan.

10.3         Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.




11.      JADUAL WAKTU

11.1         Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri.

11.2         Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan  tanpa kebenaran.



12.      JADUAL KEDATANGAN MURID


12.1         Setiap Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Murid.  Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang terceetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2         Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan ditanda setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama.  Sekiranya guru kelas tidak hadir, penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

12.3         Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

12.4         Murid yang tidak hadidr selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam seminggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

12.5         Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

12.6         Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Kedatangan Murid.
                                                                                                                                        
13.      KESELAMATAN HARTA BENDA


13.1         Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.  Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

13.2         Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan  mengenai penggunaan alat-alat atau bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

14.      KEBERSIHAN

14.1         Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah.  Jadual giliran bertugas hendaklah disediakan.  Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapid an disimpan dengan selamat.

14.2         Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik k has/tempat khas (bengkel, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

14.3         Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.

15.      SURAT-MENYURAT

15.1         Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16.      SURAT YANG DITERIMA


16.1         Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan.  Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2         Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

16.3         Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

16.3.1  Mengambil fail yang  berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.

16.3.2  Mengambil tindakan yang diperlukan.

16.3.3  Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17.      PELAWAT


17.1         Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Guru Kanan terlebih dahulu.  Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

18.      MEMBELI BARANG

18.1         Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang Nota Minta yang boleh diperolehi di pejabat.

18.2         Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Penitia/Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

18.3         Semua pesanan yang melebihi RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

18.4         Segala Invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.


19.      PENGGUNAAN ALAT-ALAT

19.1    Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

19.2    Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.

19.3    Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segara serta berkeadaan baik.

19.4    Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

20.      ARAHAN DAN PEKELILING

20.1    Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

20.2    Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas.

20.3    Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

21.      KUNCI


21.1    Semua kunci mesti disimpan di pejabat.


22.      ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

22.1    Semua guru dikehendaki hadir dalam ssemua majlis atau acara rasmi sekolah.